Wednesday, July 31, 2013
Renungan - Kepada Isteri yang Bekerja Mencari Rezeki...
Sunday, February 3, 2013
Pintu Rezeki
1. Jangan Derhaka dengan Ibu Bapa.
2. Jangan Bergaduh dengan Saudara Mara.
3. “Tidak akan papa kedana orang yang pergi menunaikan haji..”
4. Sentiasa sembahyang sunat Dhuha.
5. Jangan tidur selepas solat subuh.
6. Selalu baca doa Al-Waqiah.
7. Rezeki ada dalam perkahwinan.
8. Rezeki ada pada anak “Semasa bayi itu lahir, 4 perkara ditetapkan antaranya ialah rezeki dan rezeki anak itu juga akan turun kepada ibu bapanya.
❤¸¸.•*Bismillah..*•.¸¸¸❤
Kita minta ~✿> DIA berikan
Kita menangis ~✿> DIA dengarkan
Kita berdosa ~✿> DIA ampuni
Kita bertaubat ~✿> DIA sucikan
Kita meminta ~✿> DIA berikan
Semua yang kita lakukan --> adalah untuk kita..
Semua yang DIA lakukan --> adalah untuk kita..
DIA-lah ALLAH , Maha Pengasih Maha Penyayang..
"Maka yang mana di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
Subhanallah ◕‿◕
Tuesday, July 31, 2012
Ihya Ramadhan 11 : Ganjaran Buat Wanita
Monday, June 18, 2012
MENYAMBUT KEDATANGAN SYA'BAN
Aisyah r.a berkata: Aku tidak pernah melihat Nabi lebih banyak berpuasa sunat melainkan pada bulan Sya’ban. (Hadis riwayat al-Bukhari)
Dari Usamah bin Zaid katanya: “Aku bertanya Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah , Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” (HR an-Nasa’i dan Ahmad)
Malam Nisfu Sya'ban malam istimewa.
Nabi bersabda, "Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya'ban, maka diampuni semua hamba-hambaNya, kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)
DILARANG berpuasa sunat selepas pertengahan (nisfu) bulan Sya'ban.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'ban, maka janganlah kamu berpuasa." (HR Abu Daud)
Tuesday, February 14, 2012
PETUA MELAYAN ISTERI
1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….
2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you ebih mudah.
3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.
4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.
5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…
6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.
7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.
8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.
Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.
kredit: rakangroup
Wednesday, February 1, 2012
Adab pukul anak
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
Tuesday, January 31, 2012
6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..
3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.
6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......
Thursday, January 12, 2012
Tips Atau Cara-cara Untuk Elakkan Rumah Diceroboh Pencuri Atau Perompak
Hari ni kecoh kan pasal rumah Wardina Saffiyah yang di masuki perompak. Mesti trauma depa anak beranak kan. Sejak kami pindah ke kawasan perumahan teres ni kadang kala ada jugak rasa risau bila tiba waktu malam. Risau perkara macam ni la. Lebih-lebih lagi sejak terperasan yang padlock rumah ada kesan gergaji. Sejak tu lebih berhati2.
Sebelum ni tinggal kat kuarters keselamatan tu lebih terjaga sebab ada pengawal keselamatan yang selalu buat rondaan. Tambahan pulak kami tinggal rumah apartment, jiran2 terasa rapat. Pintu sebelah menyebelah, bertentangan. Lain pulak bila duduk rumah teres ni. Terasa jauh…
Jom baca cara-cara untuk mengelak kemasukkan pencuri/perompak:
- Pasang lubang intipan pada pintu utama bagi memudahkan anda melihat keadaan di luar rumah anda.
- Pasang rantai pada pintu utama.
- Pasang kunci atau padlock yang lebih selamat.
- Hidupkan lampu di dalam rumah apabila anda keluar dari rumah supaya disangka ada orang di dalam rumah.
- Hidupkan lampu dengan cahaya yang mencukupi di luar rumah dan di belakang rumah sepanjang malam hingga ke pagi.
- Jangan letakkan nota yang menyatakan tiada orang di rumah.
- Batalkan langganan sesuatu ke rumah seperti surat khabar dsb jika tiada orang di rumah.
- Minta bantuan jiran untuk memantau rumah kita apabila kita tidak berada di rumah.
- Pastikan pagar, pintu dan tingkap dikunci sebelum tidur.
- Jangan terlalu percaya pada built-in lock di pagar.
- Tingkap dan balkoni mestilah dilindungi oleh grill yang kukuh dan boleh dibuka dari dalam.
- Lengkapi rumah dengan sistem kawalan keselamatan. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, jika terjaga tengah malam, cuba hidupkan dan matikan balik untuk menakutkan pencuri.
- Pastikan kawasan di hadapan dan di belakang rumah sentiasa bersih. Potong rumput dan cantas pokok yang boleh digunakan oleh pencuri untuk bersembunyi.
- Jangan tinggalkan tangga, peralatan tanaman atau benda-benda lain yang boleh digunakan untuk pecah masuk ke rumah anda.
- Jangan buka pintu jika terdengar sesuatu bunyi pada waktu tengah malam seperti bunyi paip air dibuka atau bunyi benda jatuh.
- Jangan buka pintu jika didatangi oleh orang yang tidak dikenali.
- Maklumkan jiran atau stesyen polis yang berhampiran apabila anda meninggalkan rumah untuk jangka masa yang panjang.
APAKAH YANG HARUS ANDA LAKUKAN APABILA RUMAH DIMASUKI PENCURI?
- Tenang dan turuti arahan pencuri.
- Hidupkan alat penggera atau butang merah alarm kereta, tetapi pastikan perbuatan anda tidak disedari oleh pencuri atau dalam keadaan selamat berbuat demikian.
- Jika diminta untuk menyerahkan barang-barang, lakukan satu persatu bermula dengan barang-barang yang kurang bernilai.
- Gunakan taktik melengah-lengahkan masa, tetapi jika keadaan selamat untuk berbuat demikian.
- Cuba kenal pasti tanda-tanda yang ada pada pencuri, seperti parut, tahi lalat dan karekternya bagi memudahkan pihak polis membuat siasatan.
- Tinjau tempat-tempat untuk melarikan diri dengan selamat.
- Cuba hampiri benda-benda yang difikirkan boleh digunakan sebagai alat mempertahankan diri apabila keadaan terdesak.
- Perhatikan nombor plat, jenis dan warna kenderaan pencuri.
- Buat laporan ke stesyen polis yang berhampiran.
APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG LAIN?
- Kunci atau sorokkan semua pisau atau benda tajam yang terdapat di dapur sebelum tidur.
- Kalau menyewa atau mendiami rumah baru pastikan anda menukar kunci atau padlock yang baru.
- Sekurang-kurangnya simpan benda-benda seperti kayu hoki, baseball atau seumpamanya di bawah katil anda untuk mempertahankan diri daripada pencuri yang agresif.
- Jangan letak kunci di bawah pasu bunga, peti surat, alang pintu atau tepi tingkap bila keluar rumah. Lebih selamat beri kepada jiran yang kita kenal rapat.
- Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan perkerja asing.
- Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga cordless phone anda berada di sisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
- Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri bagi mengelakkan mereka dijadikan tebusan.
- Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu bilik mereka dikunci dari dalam kerana ada pencuri yang mengambil kesempatan seksual. Pastikan anda mempunyai kunci pendua in case berlaku kebakaran.
- Sediakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba dan sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
- Berikan kerjasama sepenuhnya kepada mana-mana pihak yang menguruskan program pencegahan jenayah di tempat anda seperti pihak polis, pengawal keselamatan, JKDB dan JKKK.
- Sertai sebarang program yang diadakan atau dianjurkan di tempat ada bagi mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jiran.
Nota kaki: Sekarangkan musim tahun Baru Cina, mungkin perompak ni nak ambil kesempatan.. Jadi untuk semua dan diri sendiri juga, mintak berhati-hati la yer…
Wednesday, December 21, 2011
Pesan Dato Dr Fazilah kamsah
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu....
Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah
Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e..g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba
.Allahhuakhbar. ..
Insya Allah
20 Tip Hamil Kembar
Siapa pun pasti akan geram melihat sepasang anak kembar yang comel dan mungil. Rasa bertuah diri dengan kurniaan itu. Tetapi tahukah anda memiliki anak kembar tidak semudah yang disangka? Ia juga mengundang kehamilan berisiko.
1. Kembar seiras berasal dari satu telur yang bersenyawa dengan satu sperma. Mereka akan mempunyai jantina yang sama dan wajah yang serupa.
2. Kembar tidak seiras berasal daripada telurtelur yang disenyawakan oleh sperma yang berbeza. Ia mungkin mempunyai jantina yang berbeza atau sama.
3. Pengambilan ubat kesuburan meningkatkan risiko mendapat anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus risiko manakala Gonal F memberikan risiko 30 peratus.
4. Ibu hamil kembar mempunyai lebih risiko untuk melahirkan bayi pra-matang, berlaku keguguran dan kejadian bayi cacat.
5. Bayi kembar biasanya mempunyai berat badan yang lebih kecil semasa dalam kandungan dan selepas lahir.
6. Kandungan kembar mempunyai lebih risiko untuk kematian bayi dalam kandungan, sama ada salah satu atau keduanya berkemungkinan berpunca daripada masalah uri, tali pusat terbelit, kecacatan dan lain-lain.
7. Vanishing Twin adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kandungan kembar yang tiba-tiba hilang dan menjadi satu. Ia selalunya terjadi pada awal kehamilan iaitu enam hingga tujuh minggu dan cuma dikesan melalui ujian ultrasounds.
8. Ibu yang hamil anak kembar lebih berisiko untuk mengalami preeklampsia, iaitu satu keadaan penyakit darah tinggi yang serius dan juga masalah kencing manis.
9. Disebabkan oleh saiz uri yang lebih besar, ibu hamil kembar lebih berisiko untuk mendapat placenta previa, di mana uri berada pada kedudukan bawah yang boleh memberikan pendarahan faraj semasa hamil.
10. Ibu sering mendapat morning sickness yang berganda daripada biasa dan sakit-sakit semasa hamil yang lebih kerap dan teruk berbanding kandungan biasa.
11. Seseorang wanita berpeluang untuk hamil kembar lebih tinggi sekiranya mempunyai genetik kelahiran anak kembar.
12. Wanita hamil kembar memerlukan lebih banyak pengambilan makanan berkhasiat, vitamin tambahan dan zat berbanding kandungan tunggal kerana anda akan lebih kerap mendapat anemia iaitu masalah kekurangan sel darah merah.
13. Kenaikan berat badan berlaku lebih cepat, akibatnya ibu mudah sakit punggung, sesak nafas, rasa nyeri pada perut dan sembelit.
14. Penambahan beban pada jantung, paru-paru dan buah pinggang mengakibatkan anda cepat berasa penat.
15. Ibu lebih berisiko untuk menjalani kelahiran secara pembedahan ceasarean kerana bayi kembar lebih cenderung berada dalam kedudukan tidak normal kerana saiz yang lebih kecil.
16. Ibu kembar lebih kerap mendapat risiko tumpah darah selepas melahirkan sama ada kelahiran melalui pembedahan caesarean mahupun kelahiran normal.
17. Pastikan banyak minum air masak untuk mencegah dehidrasi.
18. Banyakkan berehat seperti sering berbaring agar aliran darah ke plasenta meningkat dan pertumbuhan janin lebih cepat.
19. Dapatkan sokongan positif daripada mereka yang berpengalaman mengandung, melahirkan dan membesarkan anak kembar.
20. Gandakan bajet. Persiapkan mental anda untuk menghadapi perbelanjaan yang berganda bila si kembar lahir. Jadi, sebaik tahu anda bakal menimang anak kembar, mulalah menabung untuk keperluannya kelak.
*** bertuahnya dpt anak kembar...kalau diberi peluang..mama pun nak hehehehe***
House Wife ..
Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : Halimah pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.
Kaunselor : Apa Halimah buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting!
Housewife the best JOB ever.. greatest job of all.. :D
Tuesday, December 13, 2011
Doa agar tidak ditimpa kesusahan dan bala musibah
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ
لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa, "Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)
Fadhilat ayat:
1. Seelok-eloknya dibaca tiga kali (3x), setiap kali selepas solat. Tujuannya untuk sebatikan ayat dengan diri kita (dalam badan).
2. Boleh juga dibaca setiap masa sebelum makan/minum di gerai atau restoran. Jika ada sekiranya orang hantar santau kepada kita pada waktu itu, dengan izin Allah cawan/pinggan yang mengandungi santau itu akan pecah.
3. Setiap ayat yang kita amalkan, ada 'khadam' yang menjaga kita, insya Allah.
bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim
Natural Parenting - kembali kepada asas
Jadi, bagi menyelesaikan situasi ini, kita harus kembali kepada asas iaitu natural parenting. Dengan cara ini kita akan dapat melihat dunia anak-anak dengan lebih luas dan kita akan lebih bertanggung jawab mengendalikan pembelajaran dan emosi mereka dengan lebih berkesan. Mungkin ramai yang bertanya, bagaimana hendak memulakannya? Apa yang perlu dibuat? Pada peringkat awal, mungkin agak sukar tetapi dengan tekad dan tindakan yang betul serta istiqamah, segala-galanya akan menjadi lebih mudah dan senang.
”Tidakkah seseorang di antara kamu merasa redha jika hamil dari benih suaminya dan suaminya bangga dengan kehamilannya, bahawa wanita tersebut mendapat pahala sama dengan (pahala) seorang prajurit yang berpuasa ketika berperang di jalan Allah? Bila wanita tersebut menderita sakit sewaktu melahirkan, betapa kegembiraan yang dirasakannya yang tak diketahui penghuni langit dan bumi dengan lahirnya buah hati.” (HR. Ibnu Atsir)
Dalam riwayat Thabarani dan ‘Ibnu Asakir ditambahkan, jika ia melahirkan, lalu ia mengeluarkan susu dari payudaranya dan dihisap oleh bayinya, setiap hisapan dan tegukan mendapat satu pahala kerana ia berjaga sepanjang malam (karena melayani bayinya), ia mendapatkan pahala seperti pahala orang memerdekakan 70 orang budak di jalan Allah.
Antara asas natural parenting ialah
1 Menyusui anak sendiri
Sejak azali kita memang tahu perkara ini kerana ia asas yang harus diketahui oleh semua ibu di dunia ini. Tetapi hakikatnya, ramai yang memberi pelbagai alasan dan merasakan begitu sukar untuk menyusu secara eksklusif. Jangan berkata tidak mampu selagi anda tidak mencubanya dengan bersungguh-sungguh, jika tidak berjaya juga pasti ada jalan lain dengan mengikuti kursus laktasi, meminta khidmat nasihat sehinggalah disahkan anda benar-benar tidak boleh menghasilkan susu sendiri maka mungkin boleh menggunakan alternatif lain. Namun hanya sedikit peratus sahaja yang mengalami masalah ini kerana ibu lain biasanya tidak mempunyai ilmu yang cukup mengenai penyusuan susu ibu bukannya masalah fizikal. Jika mampu susuilah selama dua tahun, jika tidak mampu, enam bulan menyusu penuh tanpa tambahan susu formula adalah yang terbaik. Percayalah, anda mampu melakukannya.
2 Tidur bersama anak
Asas yang kedua ialah tempat seorang bayi adalah bersama ibunya bukan berada dalam baby coat sehingga mereka tertidur sendiri. Mungkin anda terlalu mengikut gaya moden barat yang mengatakan bayi harus dipisahkan sejak bayi agar mereka lebih berdikari sedangkan hakikatnya bayi harus berada dalam dakapan ibu bapa mereka sehinggalah umur yang sesuai untuk mereka berpisah tempat tidur. Mungkin mereka boleh mempunyai bilik tidur sendiri yang dipenuhi dengan mainan kesukaan mereka namun biarlah pada usia yang sesuai dan mereka sendiri telah bersedia untuk berdikari, mungkin tiga tahun ke atas adalah usia yang sesuai.
3 Air tangan ibu
Pernah atau tidak kita teringin masakan yang di masak oleh ibu hingga kita meronta-ronta untuk pulang ke kampung. Ini kerana air tangan ibu yang mengeratkan hubungan anak beranak, jadi sesibuk mana pun anda, luangkan sedikit masa untuk memasak, biar pun ringkas namun ini amat bermakna buat anak dan suami anda. Begitu juga dengan bayi selepas usia enam bulan, sediakan makanan yang dibuat sendiri bukan bijirin yang berupa makanan segera. Percayalah dengan sedikit penat lelah ia akan berbaloi kerana anak-anak akan mengingati anda sebagai seorang ibunya yang terbaik biar pun anda bukan lah tukang masak yang handal.
4 Anda adalah guru mereka
Ini bukanlah satu kerjaya tapi satu tanggungjawab, menjadi guru bukan harus duduk di meja, memerhatikan kerja si anak semata-mata, ianya boleh dilakukan bila-bila masa sebagai contoh pergi ke zoo, ajar anak tentang haiwan. Pergi ke pasar raya, ajar anak tentang barangan yang berada di sana. Apa sahaja aktiviti anda, libatkan anak-anak bersama agar mereka merasa khidmat diperlukan dan dengan ini hubungan anda akan lebih rapat dan mesra.
5 Kurangkan pemberian bahan kimia
Sememangnya bahan kimia sangat tidak elok bukan sahaja kepada kanak-kanak malahan kepada orang dewasa juga. Sebagai contoh, anda boleh mulakannya dengan mengurang atau memansuhkan sama sekali makanan rapu kepada anak yang langsung tidak memberi khasiat malah menyumbang kepada pelbagai penyakit. Selain itu, gantikan peralatan botol susu plastic kepada bebas BPA dan menggantikan lampin pakai buang kepada lampin kain moden. Mungkin agak mahal pada mulanya kerana anda memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli peralatan sebegini namun jika dikira dalam jangka masa panjang, ia boleh digunakan berulang kali dan untuk anak-anak seterusnya, anda sebenarnya banyak berjimat dan membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.
6 Berdoalah
Selepas waktu sembahyang pada, berdoalah untuk kesejahteraan anak-anak terutamanya ketika si anak tidur, usaplah rambutnya, bacalah Ya Latif.. Ya latif. Selepas berusaha, tawakal adalah sebaiknya. Banyak cara pendidikan anak-anak termasuk gaya Pendidikan bangsa Eropah, bangsa Cina dan sebagainya namun ternyata Pendidikan mengikut cara Rasulullah adalah yang terbaik iaitu:
· 7 tahun pertama (bayi, kanak-kanak): adalah waktu memanjakan anak. Tidak dipukul anak-anak waktu ini, berilah sepenuh limpahan kasih sayang. Mencium, memeluk dan sebagainya.
· 7 tahun kedua (kanak-kanak, sebelum remaja): anak 7 tahun ke atas harus dipukul/dijentik/didenda jika tidak bersolat atau melakukan kesalahan.
7 tahun ketiga (remaja): tidak memukul kembali anak waktu ini.Mereka harus didekati sebagai kawan. berkawan lah dengan anak sewaktu zaman ini. selami hati mereka dan mendengar luahan hati anak-anak ini kerana mereka berdarah muda, cepat sensitif dan sukar diramal perangainya.Thursday, December 8, 2011
Doa Amalan Bagi Ibu Yang Menyusukan Anak
nak share kat sini......
Surah al-Hujurat & al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi ...Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kite, anak kite dan banyakkan susu kite.Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun...

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".
Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah.InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kite istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....
Monday, December 5, 2011
14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(hari yang jatuh pada setiap kali 10 Muharram). Dalam penjelasan yang mudah, Hari Asyura itu ialah hari kesepuluh setiap kali selepas menjelang tahun baru dalam kelendar Hijriah. Dan untuk tahun 2010 ini ia bersamaan dengan hari Khamis, 16 DEC 2010. Sebelum itu, saya tahu ramai di kalangan pembaca blog ini yang terdiri daripada golongan remaja atau seperti saya (yang agak dewasa tapi kureng sikit pengetahuan dalam hal agama hehee). Maka saya perjelaskan dahulu apa itu sunat, sunat ialah sesuatu perkara yang tidak berdosa kalau ditinggalkan tetapi mendapat pahala jika dilakukan dan dalam hal ini berkaitan amalan pada Hari Asyura.
Kenapa perlu melakukannya jika tidak berdosa kalau tak buat pun? Kerana itu akan melambangkan ketinggian iman anda, disebabkan anda melakukannya tanpa sebarang paksaan seperti amalan wajib yang lain.
Jadi apa pula fadhilat yang tertulis di bawah itu? Fadhilat ialah manfaat yang anda akan perolehi untuk setiap perbuatan baik yang anda lakukan di bawah. Setiap perbuatan itu ada manfaatnya yang tersendiri.
Jadi jangan berlengah, segera lakukan kalau mahu. Ada masa beberapa beberapa jam lagi dari sekarang sebelum hari Asyura tamat. Kalau tak sempat hari ni, kena la tunggu tahun depan pula. Adoi.. lama lagi tu.
Berikut 14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura:
1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu. Lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’ Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca ‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. Lafaz niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
Jadi Hari Asyura bukan hanya bermakna Bubur Asyura sahaja ya..
Selamat beramal.. ![]()





