Monday, December 5, 2011

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura

(hari yang jatuh pada setiap kali 10 Muharram). Dalam penjelasan yang mudah, Hari Asyura itu ialah hari kesepuluh setiap kali selepas menjelang tahun baru dalam kelendar Hijriah. Dan untuk tahun 2010 ini ia bersamaan dengan hari Khamis, 16 DEC 2010. Sebelum itu, saya tahu ramai di kalangan pembaca blog ini yang terdiri daripada golongan remaja atau seperti saya (yang agak dewasa tapi kureng sikit pengetahuan dalam hal agama hehee). Maka saya perjelaskan dahulu apa itu sunat, sunat ialah sesuatu perkara yang tidak berdosa kalau ditinggalkan tetapi mendapat pahala jika dilakukan dan dalam hal ini berkaitan amalan pada Hari Asyura.

Kenapa perlu melakukannya jika tidak berdosa kalau tak buat pun? Kerana itu akan melambangkan ketinggian iman anda, disebabkan anda melakukannya tanpa sebarang paksaan seperti amalan wajib yang lain.

Jadi apa pula fadhilat yang tertulis di bawah itu? Fadhilat ialah manfaat yang anda akan perolehi untuk setiap perbuatan baik yang anda lakukan di bawah. Setiap perbuatan itu ada manfaatnya yang tersendiri.

Jadi jangan berlengah, segera lakukan kalau mahu. Ada masa beberapa beberapa jam lagi dari sekarang sebelum hari Asyura tamat. Kalau tak sempat hari ni, kena la tunggu tahun depan pula. Adoi.. lama lagi tu.

Berikut 14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura:

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu. Lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’

9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat : ‘Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala’ Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca ‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru’
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka. Lafaz niat – ‘Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala’

Jadi Hari Asyura bukan hanya bermakna Bubur Asyura sahaja ya..

Selamat beramal.. Antara Bubur Asyura Dan 14 Perkara Sunat Pada Hari Asyura

1 comment:

Anda juga mungkin berminat :

Blog Widget by LinkWithin