Wednesday, June 20, 2012

Lestary Bukan Bidadari di Tv3

Setelah tamat 3 Janji semalam akan menyusul pula drama baru bertajuk Bukan Bidadari yang akan ditayangkan pada 19 Jun 2012. Pelakon utama ialah Sharnaaz Ahmad, Nad Zainal, Azlee Khairi, Sara Ali, Fiza Halim, Zuhairi Ibrahim, Muniff Isa, Azhar Sulaiman, Liza Zain, dan Wan Raja.

Sinopsis

Bukan Bidadari yang berkisar mengenai kisah Inas yang dahulunya hidup mewah tetapi hidupnya berubah sekelip mata setelah kematian bapanya. Inas perlu menjaga ibunya Puan Hani di samping tu dia perlu memikul dan selesaikan hutang bapanya.

Tanpa arah tujuan, mereka pulang ke kampung Suraya dan tinggal bersama kakak Suraya, Hawa. Inas begitu benci akan kehidupannya di kampung dan menyalahkan ibu dan arwah bapanya atas tragedi yang telah menimpa dirinya. Namun, ada seorang pemuda di kampung yang bernama Kamal telah jatuh hati dengan Inas dan sanggup buat apa sahaja agar Inas bahagia hidup di kampung.

Nasib Inas tidak habis di situ apabila dia diperkosa oleh bekas teman lelakinya, Shidi yang datang mencarinya di kampung. Tidak lama kemudian, Inas mendapati dirinya mengandung. Kamal cuba untuk membantu Inas tetapi Inas terlalu degil demi mencapai cita-citanya untuk keluar daripada kampung itu dan mencari kebahagiaannya sendiri sehingga dia sanggup meninggalkan anak yang dilahirkan.

Sementara itu, semasa di Kuala Lumpur Inas telah bertemu dengan Arif, anak usahawan yang kacak dan berbudi pekerti. Akhirnya Inas berkahwin dengan Arif tanpa mendapatkan restu daripada ibunya. Malangnya, selepas berkahwin dengan putera hatinya, barulah dia sedar yang Arif seorang yang baran dan sering mendera emosi dan fizikal Inas.

Beberapa kali Inas cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Disebabkan tidak sanggup menerima seksaan oleh Arif, Inas telah mempelajari seni mempertahankan diri secara senyap-senyap. Akhirnya Inas berjaya melepaskan dirinya dengan membunuh Ariff. Inas pulang ke kampung mencari ibunya dan Kamal.

Namun hampa hatinya apabila mendapati Kamal sudah menjadi tunangan orang. Apakah nasib Inas seterusnya? Masih adakah peluang ke dua buatnya untuk bertakhta di dalam hati Kamal? Adakah benar Arif telah meninggal dunia seperti sangkaan Inas?

Nantikan kesudahan Bukan Bidadari , 13 episod di slot Lestary hanya di tv3 jam 9 malam , 19 Jun ni.

Pelakon Bukan Bidadari dan pengarah drama Faisal Ishak

Nad Zainal (Inas), Azlee Khairi (Kamal), Shaarnaz Ahmad (Ariff), Sara Ali (Ayu), Fiza Halim (Suraya), Zuhairi Ibrahim (Ibrahim), Muniff Isa (Shidi), Azhar Sulaiman (Roy), Liza Zain (Hawa), dan Wan Raja (Ali).

No comments:

Anda juga mungkin berminat :

Blog Widget by LinkWithin