Sunday, June 17, 2012

Sinopsis Drama De ja vu di Kinabalu TV3

Sinopsis Drama De ja vu di Kinabalu








DEJAVU DI KINABALU bakal menghiasi slot Akasia TV3 bermula 18 Jun 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam. Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd di bawah arahan Eirma Fatima merangkap penulis skrip.

Mengisahkan tentang Nadira (Tiz Zaqyah) yang menghidapi penyakit jantung dan kemudiannya terpaksa menjalani permindahan jantung tanpa pengetahuan dari sesiapa meskipun dari pengetahuan tunangnya sendiri. Jantung tersebut pula dimiliki oleh bekas teman wanita Ammar (Aqasha) yang terkorban dalam kemalalangan jalan raya.

Ammar berasa hancur setelah kehilangan cintanya mula membina semula hidupnya dengan khayalan bekas teman wanita sehinggalah dia dipertemukan dengan Nadira. Ammar yang perasan ada banyak persamaan di antara bekas teman wanitanya dan Nadira tidak dapat menolak hakikat yang dia seakan-akan jatuh cinta sekali lagi dengan bekas teman wanitanya. Seolah-olah kini dirinya tak usah lagi hidup dalam khayalan bekas teman wanitanya. Namun kebahagiaan itu tak berpanjangan tatkala dia dikejutkan dengan khabar yang sebenarnya Nadira kini memiliki jantung kepunyaan bekas teman wanitanya. Dapatkan Ammar menerima hakikat ini? Adakah cintanya akan berpaling arah?

Menampilkan pelakon-pelakon popular tanahair seperti Aqasha, Tiz Zaqyah, Nazim Othman, Aishah Ilias, Fadhilah Mansor, Dian P. Ramlee, Rahim Razali, Aida Rahim, Allana Amir, Khaty Azean dan Meor Ariff.


Sumber: budiey

No comments:

Anda juga mungkin berminat :

Blog Widget by LinkWithin