بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
salam semua
alhamdulillahhh hampir berakhirnya bulan mulia bulan REJAB .. dan kini kita menyusuri satu lagi bulan mulia iaitu bulan SYA'BAN .. x sabar rasanya menanti ketibaan satu lagi bulan kemulian disisi allah ini selain bulan RAMADHAN .. insyaallahh 1 sya'ban akan disambut pada hari Khamis ini .. dan kepada semua kawan2 sekalian, sama2 lah kita berpuasa sunat bagi menyambut kedatangan bulan mulia ini .. jgn lupa ye .. dan titipkan kelebihan bulan sya'ban untuk renungan kita bersama .. insyaallah
Nabi saw. banyak berpuasa di dalam bulan Sya'ban.
Aisyah r.a berkata: Aku tidak pernah melihat Nabi lebih banyak berpuasa sunat melainkan pada bulan Sya’ban. (Hadis riwayat al-Bukhari)
Dari Usamah bin Zaid katanya: “Aku bertanya Rasulullah SAW: Ya Rasulullah! Aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dalam satu bulan berbanding bulan lain seperti engkau berpuasa daripada sebahagian Syaaban. Baginda bersabda: Itulah bulan yang manusia melupakannya antara bulan Rejab dan Ramadan, iaitu bulan yang diangkat amalan kepada Allah , Tuhan semesta alam. Oleh itu, aku suka supaya amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.” (HR an-Nasa’i dan Ahmad)
Malam Nisfu Sya'ban malam istimewa.
Nabi bersabda, "Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Sya'ban, maka diampuni semua hamba-hambaNya, kecuali orang yang syirik dan yang sedang bermusuhan". (HR Ibn Hibban)
DILARANG berpuasa sunat selepas pertengahan (nisfu) bulan Sya'ban.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'ban, maka janganlah kamu berpuasa." (HR Abu Daud)

1 comment:
sekejap jer tahun ni berlalu.. da nka masuk Syaban lak..
Post a Comment