mood tgh rajin nie..ekekke..
punca-punca c-set:
Faktor yang berpunca daripada bayi
1. Lemas
Ia merupakan salah satu indikasi yang paling sering berlaku. Doktor dapat mengetahui bayi lemas melalui pemeriksaan CTG iaitu alat yang dipasang untuk mengesan aktiviti jantung bayi. Daripada pemeriksaan jantung yang dilakukan, ia boleh menentukan bayi lemas atau tidak. Selain daripada itu, ia dapat dikenal pasti melalui warna air ketuban. Jika warnanya jernih bererti tiada apa-apa masalah. Namun sebaliknya jika ia berwarna kuning kehijauan cair/ pekat/ sangat pekat. Ini kerana najis bayi (mekonium) sudah pun dikeluarkan. Jika warnanya merah pula itu bererti uri telah lekang.
2. Cephalopelvic disproportion (CPD)
Diagnosis true CPD berlaku kerana nisbah kepala bayi dengan tulang punggung ibu tidak sepadan akibat daripada keadaan tulang punggung ibu sememangnya kecil sejak dari azali, berpunca daripada penyakit yang menyebabkan tulang punggung kecil atau mengalami kemalangan. Bagi diagnosis relative CPD pula, tulang punggung ibu normal namun kepala atau saiz bayi terlalu besar untuk melaluinya.
3. Saiz besar
Biasanya berat bayi yang melebihi 4 kg perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean kerana dia terlalu besar untuk dikeluarkan melalui kelahiran normal.
4. Kedudukan
Apabila berhadapan dengan masalah kedudukan yang tidak normal sama ada melintang atau songsang, caesarean merupakan pilihan yang paling biasa diambil oleh doktor untuk mengeluarkan bayi dengan selamat biarpun anda masih berpeluang melahirkannya secara normal.
5. Pembesaran terbantut (Intra Uterine Growth Retandation atau IUGR)
Pertumbuhan bayi dalam rahim terbantut disebabkan berlakunya kekurangan bekalan oksigen kepada bayi dalam kandungan. Sebagai langkah keselamatan, pembedahan caesarean perlu dilakukan untuk mengeluarkan bayi bagi mengelakkan sebarang komplikasi kelahiran.
6. Cacat
Untuk pengetahuan anda, tidak semua ibu yang mengandungkan bayi cacat perlu melalui pembedahan caesarean. Ia khusus untuk bayi yang mengalami masalah hydrocephalus.
7. Kembar
Bagi yang mengandungkan kembar dua, anda masih boleh mencuba untuk melahirkan bayi-bayi secara normal (bergantung kepada kedudukan bayi). Namun, sebaliknya jika anda bakal melahirkan kembar tiga atau lebih daripada itu.
8. Tali pusat bermasalah
Bagi bayi yang menghadapi apa-apa masalah berkaitan dengan tali pusatnya, tidak kira sama ada tali pusat terkeluar, terbelit dan sebagainya, pembedahan caesarean perlu dilakukan untuk mengelakkan komplikasi ke atas bayi.
Faktor yang disebabkan oleh ibu
1. Masalah kesihatan
Sekiranya anda disahkan menghidap darah tinggi, kencing manis mahupun sakit jantung yang tidak terkawal sewaktu hamil, maka pembedahan caesarean yang bakal anda lalui adalah secara elektif. Hal ini kerana masalah kesihatan yang dihadapi boleh menjadi lebih buruk jika anda berhasrat untuk bersalin secara normal.
2. Pembedahan lebih daripada dua kali
Maklumat penting untuk yang pernah melalui pembedahan caesarean lebih daripada dua kali ketahui ialah anda tiada pilihan lain selain melahirkan bayi secara caesarean kerana doktor bimbang parut pada rahim akibat pembedahan lalu akan pecah atau koyak.
3. Masalah uri
Biar apa pun jenis masalah uri yang dialami (placenta praevia, placenta abruption dan sebagainya) anda perlu melahirkan bayi secara caesarean bagi mengelakkan sebarang komplikasi sewaktu melahirkannya.
4. Rahim pecah (uterine rupture)
Sekiranya anda tergolong di kalangan mereka yang mempunyai anak yang ramai, ataupun pernah membuang ketumbuhan fibroid, anda berkemungkinan besar untuk melalui kelahiran bayi secara caesarean kerana risiko rahim pecah. Sama juga halnya dengan mana-mana wanita yang gemar menggunakan pencetus kontraksi sama ada air selusuh berasaskan herba seperti genggam Fatimah, anda berisiko tinggi untuk mengalami rahim pecah lalu sebagai langkah keselamatan, anda perlu menjalani pembedahan caesarean untuk mengeluarkan bayi.
5. Proses pelahiran panjang
Dalam proses pelahiran, terdapat dua fasa iaitu latern (rahim dan aktif (mula 3sm - 10sm yang mengambil masa 7 jam). Jika anda melalui proses pelahiran lebih daripada 7 jam, ia dianggap sebagai proses pelahiran panjang. Jika keadaan mendesak, maka pilihan yang anda ada ialah bantuan kelahiran dan pembedahan caesarean.
fakta from majalah pa & ma keluaran oktober 2010
dan nie plak jarak kelahiran yg selamat selepas c-set :
Terkini, doktor pakar berpendapat, jarak kelahiran seterusnya setelah melahirkan bayi terdahulu secara caesarean ialah 1/2 tahun. Namun, pendapat ini disangkal oleh Dr. Adilah Ahmad, pakar O&G di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur. Ikuti ulasannya yang dinyatakan kepada INTAN JASTINA JAMALUDDIN.
Kajian perubatan melaporkan peningkatan komplikasi rahim koyak jika jarak kelahiran selepas anda melahirkan bayi melalui kaedah caesarean di bawah 2 tahun meningkat sehingga 2 - 3 kali ganda. Oleh yang demikian, seelok-eloknya anda dinasihatkan untuk menjarakkan kelahiran melebihi 2 tahun.
Ini bermakna, sekiranya anda berhasrat untuk hamil lagi setelah menjalani pembedahan lower segment caesarean section (LSCS), ada baiknya menunggu sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 16 bulan ke atas. Namun, ia bergantung kepada tahap kesihatan individu. Kenyataan ini tidak semestinya sesuai untuk setiap ibu terutamanya jika anda pernah mengalami sebarang kompikasi sewaktu pembedahan LSCS terdahulu.
Perkara yang paling digeruni tentang jarak kelahiran yang rapat ialah komplikasi rahim koyak. Apabila masalah ini berlaku, setiap detik yang dilalui sangat penting untuk ditangani kerana pendarahan boleh berlaku dengan banyak dalam beberapa minit sahaja malah boleh mengakibatkan komplikasi teruk kepada anda dan bayi dalam kandungan. Anda bukan sahaja kehilangan darah yang banyak, malah bekalan darah kepada bayi kandungan boleh terputus sehingga memberi kesan terhadap fungsi organ-organnya seperti buah pinggang dan otak (jika nyawa bayi berjaya diselamatkan).
Ketahuilah, jarak kelahiran yang dinasihatkan oleh doktor ada sebabnya. Apatah lagi, beberapa perkara penting perlu diberi perhatian terlebih dahulu selepas anda bersalin. Tidak kiralah sama ada anda bersalin biasa mahupun secara pembedahan. Jarak kelahiran selamat yang disarankan membolehkan anda:
*Pulih secara fizikal dan mental daripada trauma/komplikasi bersalin pembedahan caesarean dahulu.
*Bersedia untuk hamil sekali lagi daripada segi fizikal, mental dan kewangan.
*Perhatian/kebajikan terhadap ahli keluarga lain terutamanya anak-anak.
*Bersedia untuk hamil sekali lagi daripada segi fizikal, mental dan kewangan.
*Perhatian/kebajikan terhadap ahli keluarga lain terutamanya anak-anak.
Risiko
Sekiranya anda pernah menjalani pembedahan caesarean dan hamil semula, 2 isu utama perlu dibincangkan secara mendalam dengan doktor masing-masing:
Sekiranya anda pernah menjalani pembedahan caesarean dan hamil semula, 2 isu utama perlu dibincangkan secara mendalam dengan doktor masing-masing:
1.Rahim koyak (uterine rupture atau uterine dehiscence) Koyakan berlaku menembusi seluruh ketebalan dinding rahim sehingga ke permukaan luarnya (serosa). Malah boleh menembusi sehingga menjangkau ke pundi kencing di hadapan atau ligamen lebar di bahagian tepinya.
2. Risiko terpaksa menjalani pembedahan caesarean lagi (sama ada secara elektif ataupun secara kecemasan) Peluang untuk kelahiran melalui faraj adalah sekitar 72 - 76% tidak kira sama ada secara normal atau dengan bantuan forsep/vakum. Selebihnya, terpaksa berakhir dengan pembedahan caesarean secara kecemasan. Ini bermakna, 3 di dalam 4 orang yang memilih untuk mencuba bersalin normal didapati berjaya tetapi bakinya terpaksa menjalani pembedahan caesarean secara kecemasan yang mendedahkannya terhadap risiko komplikasi-komplikasi tertentu.
Dr. Adilah turut menegaskan secara amnya, semakin kerap anda melalui pembedahan caesarean, semakin berisiko anda mengalami keadaan berikut:
*Parut pembedahan pada dinding rahim tidak utuh dan mula terbuka. Kadang kala ia berlaku sebelum proses kontraksi kelahiran bermula.
*Perlekatan melibatkan organ-organ berhampiran seperti pundi kencing sehingga mengakibatkan kesukaran doktor melakukan pembedahan caesarean dan boleh menyebabkan trauma antaranya pundi kencing koyak.
*Kesukaran menangani tumpah darah sehingga memerlukan pemindahan darah, pembedahan membuang rahim dan lain-lain.
*Risiko kehamilan berkomplikasi seperti uri bawah (placenta praevia), uri melekat ke dalam dinding rahim (placenta accreta) dan sebagainya.
*Perlekatan melibatkan organ-organ berhampiran seperti pundi kencing sehingga mengakibatkan kesukaran doktor melakukan pembedahan caesarean dan boleh menyebabkan trauma antaranya pundi kencing koyak.
*Kesukaran menangani tumpah darah sehingga memerlukan pemindahan darah, pembedahan membuang rahim dan lain-lain.
*Risiko kehamilan berkomplikasi seperti uri bawah (placenta praevia), uri melekat ke dalam dinding rahim (placenta accreta) dan sebagainya.
Apabila komplikasi dinyatakan berlaku, ia boleh mengakibatkan kesan selanjutnya terhadap anda dan bayi akibat kehilangan darah dan kekurangan atau terhentinya bekalan oksigen.
Pilihan normal atau caesarean
Panduan berikut adalah secara am sahaja. Harus diingat, setiap ibu atau kes tidak sama dan perlu dinilai secara individu. Jadi, anda mempunyai hak untuk membuat apa-apa keputusan setelah mendapat penerangan mencukupi daripada doktor. Secara amnya, jika baru sekali menjalani pembedahan caesarean, anda boleh mencuba untuk bersalin secara normal di kehamilan berikutnya jika tidak bermasalah seperti songsang, kembar, uri bawah dan lain-lain.
Panduan berikut adalah secara am sahaja. Harus diingat, setiap ibu atau kes tidak sama dan perlu dinilai secara individu. Jadi, anda mempunyai hak untuk membuat apa-apa keputusan setelah mendapat penerangan mencukupi daripada doktor. Secara amnya, jika baru sekali menjalani pembedahan caesarean, anda boleh mencuba untuk bersalin secara normal di kehamilan berikutnya jika tidak bermasalah seperti songsang, kembar, uri bawah dan lain-lain.
Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada apakah jenis pembedahan caesarean yang dilalui dahulu. Kebanyakan pembedahan caesarean kini adalah jenis LSCS. Namun, jika pembedahan caesarean jenis klasik/ segmen atas/ jenis belahan T terbalik atau J dilakukan, maka kehamilan berikutnya seeloknya ditangani secara pembedahan caesarean juga.
Dalam pada itu, rekod pembedahan LSCS dahulu perlu diperiksa sekiranya ada berlaku komplikasi. Begitu juga dengan proses penyembuhan selepas pembedahan sama ada terdapat jangkitan kuman ke atas rahim (endometritis) yang boleh mengganggu penyembuhan parut pembedahan dan menjadikannya tidak kuat.
Walau bagaimanapun, jika anda telah menjalan pembedahan sebanyak dua kali (tanpa mengira sama ada kelahiran tersebut berselang dengan kelahiran normal ataupun berturut-turut secara pembedahan), keutuhan parut pembedahan tidak lagi sekuat dahulu untuk menangani kontraksi rahim sewaktu proses bersalin kelak dan dikhuatiri risiko rahim koyak bertambah.
No comments:
Post a Comment